TERMA & SYARAT SEWAAN KERETA 2017

| No comment


SYARAT PERJANJIAN SEWA KENDERAAN

1) Mempunyai lesen memandu Malaysia Kelas D yang sah dan terkini.

2) Penyewa/peminjam kenderaan dilarang daripada melakukan sebarang kegiatan jenayah atau melanggar sebarang Undang-Undang Kerajaan Malaysia. Laporan pihak berkuasa akan dibuat jika ingkar.

3) Sebarang kerosakan/kecacatan/calar/pecah yang terdapat pada bahagian luaran dan dalaman kenderaan sepanjang tempoh sewaan/pinjaman, caj RM100.00(minimum) dan RM2500.00(maksimum) akan dikenakan terhadap penyewa/peminjam kenderaan terbabit. Laporan pihak berkuasa akan dilakukan jika ingkar.

4) Penyewa/peminjam kenderaan tidak dibenarkan sama sekali menukar/mengambil sebarang alat ganti terhadap setiap kenderaan yang disewa/dipinjam. Laporan pihak berkuasa akan dibuat jika ingkar.

5) Segala tuntuntan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan adalah tanggungjawab penyewa/peminjam kenderaan sepanjang tempoh sewaan/pinjaman berjalan.




PENGHANTARAN KENDERAAN

1) Percuma bagi pelanggan yang datang ambil kereta di pejabat pengurusan di Seksyen 15 Shah Alam.

2) Percuma bagi jarak 1km-5km dari pejabat pengurusan di Seksyen 15 Shah Alam.

3) Bayaran tambahan RM10.00/1km dikenakan bagi jarak melebihi 5km dari pejabat pengurusan di Seksyen 15 Shah Alam.

4) Pelanggan boleh memilih penghantaran kenderaan perjalanan 1 hala(hantar sahaja) dan 2 hala(hantar dan ambil). Bagi perjalanan 2 hala, caj penghantaran akan dikalikan dengan 2 bagi setiap perjalanan 1 hala.

5) Bayaran caj penghanatarn perlu dijelaskan semasa proses pengambilan kenderaan 1 hala atau 2 hala mengikut pilihan pelanggan.


TEMPOH SEWAAN KENDERAAN

1) Kami tidak menyediakan sebarang tempoh sewaan dalam jam, harap maklum!

2) Tempoh sewaan dalam separuh hari hanya dibuka pada Isnin-Khamis sahaja. Tempoh sewaan separuh hari ini tiada pada Jumaat-Ahad.

3) Tempoh sewaan harian, mingguan dan bulanan dibuka pada bila-bila masa sepanjang waktu pejabat 9.00 pagi - 10.00 malam.

4) Pelanggan perlu memaklumkan kepada wakil syarikat bagi sebarang penyambungan sewa kenderaan selewat-lewat dua belas(12) jam dari tarikh penghantaran kenderaan seperti di dalam Borang Perjanjian Sewa/Pinjam Kenderaan yang telah diisi dan disemak semasa mula-mula ambil kenderaan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zam 016-990-7596
Tags : ,

No comments:

Post a Comment